Wednesday 25 December 2013

Feedback from customer....


Teks/Photo: Yusuf Danial Resources

Testimonial pengguna Vita C


Salam warga blogger,

Hari ni nak berkongsi testimoni pengguna produk Vita C kami. Setelah memakan selama seminggu terbukti dapat menghilangkan parut jerawat dimuka. Kulit cerah secara sekata dan kelihatan lebih cantik dan berseri-seri.

Bagi mereka yang diluar sana menghadapi masalah yang sama dan telah mencuba macam-macam produk tetapi masih belum berhasih. Apa kata mencuba Vita C Yusuf Danial Resources dan alami sendiri perubahannya. Nak cantik luar harus bermula daripada dalam. Tak gitu....

Sekian.



Tuesday 10 December 2013

Terbukti dalam seminggu.....

Teks/Photo: Yusuf Danial Resources

Salam sahabat blogger,

Hari ni nak bercerita tentang produk yang mampu membuat wanita-wanita diluar sana kelihatan cantik menawan, kulit mulus dan berseri serta cerah secara sekata. Kebanyakan wanita diluar berhadapan dengan masalah jerawat serta parut jerawat dimuka dan muka kusam tak berseri. Jagan risau kami di YDR ader penyelesaian terhadap permasalahan tersebut.

Vita C 1000mg YDR
 
Ini dia Vitamin C 1000mg merupakan makanan tambahan untuk mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu dan berseri. Selain itu vitamin ini mampu mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap dibawah mata. Ia juga mampu membasmi bakteria jerawat dan merawat parut. Selain itu vitamin ini juga merupakakan anti penuan dan anti kedut serta membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Terdapat banyak khasiat dan kebaikan maka tidak hairanlah vitamin ini menjadi sebutan orang diluar sana.

Vitamin ini sangat sesuai untuk wanita dan lelaki berumur 12 tahun keatas, ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusukan bayi kerana vitamin ini membantu menambahkan air susu. Ia juga sesuai untuk perokok kerana membantu mengurangkan penyerapan nikotin. Sangat-sangat sesuai kepada mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit. Juga disyorkan kepada mangsa kemalangan yang cedera/pembedahan untuk mengambil vitamin C ini.

Cara pengambilan yang disyorkan adalah telan 1 biji tablet vitamin C setengah jam selepas sarapan atau sebelum tidur. Amalkan meminum banyak air kosong sekurang-kurangnya 2.5 - 3 liter sehari bagi melancarkan pembuangan toksin dalam bandan serta membolehkan penyerapan vitamin secara optimum oleh badan.

Keberkesanan terbukti dan selamat untuk digunakan. Tidak perlu rasa ragu-ragu atau was-was. Jadilah antara pelanggan kami yang memgalami sendiri perubahan setelah mengunakan atau mengambil vitamin C ini.

Sekian, selamat mencuba.




Khusus utk ibu mengandung

Teks/Photo: Yusuf Danial Resources


Salam sahabat blogger,

Sudah lama rasanya tiada post tentang produk. Mohon maaf atas kelewatan untuk updated blog kerana kekangan tugas. Hari ni nak bercerita serba sedikit tentang produk Jus Seri Maryam. Jus Seri Maryam merupakan produk yang dikhususkan untuk wanita mengandung. Kandungan yang utama dalam jus ini adalah buah delima.

Delima adalah Anugerah Illahi Dari Syurga,


Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasullah SAW bersabda;


“Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad)


Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.


Meminum Jus Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda waktu malam. Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asi folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.

Jadi kepada para ibu dan bakal ibu diluar sana pilihla jus yang mengandungi buah delima untuk melindugi bayi didalam kandungan dan untuk kesihatan tubuh badan.

Sekian.

Tuesday 26 November 2013

Mengenali Aura Yusuf ...

Teks/Photo: Yusuf Danial Resources 


Selain produk Jus Seri Maryam kami (YDR) juga menghasilkan produk semburan Aura Spray... Diberi nama Aura Yusuf (Energy Aura Spray). Merupakan penyempur tenaga yang boleh memberikan kesegaran apabila mengantuk dan dalam masa yang sama menyerlahkan kembali seri wajah.

Aura Yusuf merupakan campuran Air Zam-zam, Air Mawar, Garam Himalaya, Minyak Lavender dan Ancient Magnesium. Apabila digabungkan campuran ini maka terhasillah satu aroma wangian  yang harum dan seterusnya penyemburan ke muka menyebabkan sel-sel muka bertindak balas dengan cepat dan kesannya dapat dirasai dengan serta merta. Bahan-bahan yang digunakan tidak berbahaya dan selamat untuk digunakan. Penggunaan yang kerap mengembalikan kesegaran dan dapat menghilangkan mengantuk dalam masa yang sama.

Nadi Yusuf A.S dikurniakan Allah S.W.T rupa yang bagus, paras tampan dan tubuh yang tegap yang menjadikan idaman setiap wanita dan kenangan gadis-gadis remaja. Produk ini dialunkan bacaan surah Yusuf semasa proses pembuatan dan pengilangan untuk mendapat keberkatan diatas surah tersebut.

Kepada pekerja yang seharian menghadap komputer mengakibatkan mata layu, kuyu dan seterusnya akan mengundang mengantuk. Kepada pelajar yang seharian menghadiri kelas dan tugasan yang menimbun dan juga kepada pemandu-pemandu diluar sana yang menghadapi kesesakan lalulintas dan kepenatan setelah seharian bekerja.. Satu semburan Aura Yusuf dapat mengembalikan kesegaran dan menghilangkan mengantuk.

Jika ingin mengetahui keberkesannya cubalah sendiri dan alami sendiri kesegarannya.

Monday 25 November 2013

Testimonial Jus Seri Mariam

Teks: Yusuf Danial Resources

Pekara yang sering dihadapi semasa mengandung iaitu masalah tekanan darah rendah. Semasa kita hamil, keperluan zat besi akan ketara meningkat berikutan jumlah darah dalam badan kita bertambah sehingga 50% daripada biasa. Zat besi adalah penting untuk pembinaan haemoglobin, protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel lain.

Salah seorang pengguna produk Jus Seri Maryam menghadapi masalah ini. Setelah mengunakan jus Seri Maryam masalah berkaitan tekanan darah rendah dapat diatasi. 

Salah seorang Testimonial Jus Seri Maryam

Salam Perkenalan ....

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat saya mewujudkan blog ini bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran kami Yusuf Danial Resources (YDR). Masih belum terlambat rasanya untuk kami memperkenalkan diri serba sedikit. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kami berkongsi maklumat mengenai produk kami dan seterusnya membantu menyelesaikan permasalahan orang diluar sana.  

Yusuf Danial Resources merupakan syarikat milik Bumiputera yang beroperasi di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Masih setahun jagung dalam dunia perniagaan bak kata orang masih bertatih lagi. Walaupun mengetahui ranjau dan liku yang bakal dihadapi dalam dunia perniagaan tetapi kami yakin rezeki Allah itu tetap ada untuk hambaNya. YDR diterajui oleh dua orang adik beradik yang merasakan bidang perniagaan khususnya produk kecantikan dan kesihatan mudah mendapat tempat dihati pengguna diluar sana. Kami mengambil peluang ini untuk menolong dan menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh ibu mengandung di luar sana yang mempunyai masalah sepanjang kehamilan. Idea ini tercetus bila mana melihat kakak ipar yang sedang mengandung anak yg keempat, beliau mempunyai tugas dan komitmen yang banyak di dalam urusan hariannya seperti menguruskan beberapa buah pejabat, saloon, menyambung pengajian ke peringkat tertinggi, menguruskan anak dan yang paling ketara menguruskan anak kembar beliau, malam pula memasak untuk suami dan anak-anak.

Kami mengambil keputusan berbincang dengan beliau dan beliau memberi galakan yang sepenuhnya dan akan menjadikan beliau sebagai testimoni pertama kami, oleh sebab yang demikian kami terpaksa mencari bahan utama yang benar-benar menjadikan wanita mengandung akan bertenaga sepanjang kehamilan, ibu yang hamil selalu muntah dan tidak bermaya memang digalakkan untuk mengambil produk keluaran kami. Apabila beliau orang yang pertama menjadi testimoni, sudah semestinya kami ingin mendapatkan keputusan yang terbaik dari kakak kami, ingin menjadikan kakak kami dan bayi yang dikandung sihat walafiat, kuat bertenaga, kulit ibu dan bayi yang dikandung cantik gebu, melahirkan zuriat yang cergas dan cerdas sepertimana impian semua ibu mengandung di luar sana. Maka terciptalah Jus terunggul di pasaran Malaysia, Jus yang pertama di Malaysia yang menggabungkan dua bahan utama makanan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W iaitu kurma dan delima. Sepertimana yang kita tahu kurma adalah buah yang boleh menyembuhkan semua jenis penyakit dengan keizinanNya, berupaya menjadi ubat segala ubat ,manakala delima pula untuk mengelakkan rasa loya dan membentuk otak bayi cerdas semasa di dalam kandungan lagi. jus ini diberi nama Jus Seri Maryam, diambil sempena nama ibu Nabi Isa A.S dan keberkatan surah Maryam itu sendiri untuk memudahkan proses bersalin nanti.

Kami juga di Yusuf Danial Resources ingin membantu orang diluar sana mengatasi masalah yang dihadapi terutamanya ibu mengandung dengan maklumat dan pengetahuan yang kami ada. Diharap dengan kehadiran produk YDR di pasaran dapat diterima dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

Terima kasih kerana semua kerana sudi membaca blog ini dan salam perkenalan dihulurkan. Semoga dengan bacaan anda akan mendapat maklumat walaupun sedikit. 

Sekian

Monday 18 November 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta ...


 Teks/Photo: YusufDanialResources

Mari berkenalan dengan produk kami yang pertama di Malaysia dibuat khas untuk ibu mengandung. Sukatan secara terperinci dijalankan untuk memenuhi keperluan ibu mengandung. Jus "Seri Maryam" diberi nama merupakan makanan tambahan untuk ibu mengandung yang memberikan kesihatan dan tenaga. 

Jus Seri Maryam merupakan gabungan khas ekstrak buah-buahan, tumbuh-tumbuhan semulajadi dan protein hidupan laut. Apa yang membezakannya daripada formula yang lain adalah produk ini saling berfungsi dengan tubuh dan kandungan untuk memberikan tenaga dan kecantikan dalam masa yang sama. Mengandungi ekstrak delima, ekstrak kurma, kolagen (sisik ikan), ekstrak anggur, lobak merah, acaiberi, seri merah, kacang soya, lutein dan halia. Diuji secara klinikal dan terbukti selamat untuk digunakan dan berkesan.

Antara kesan yang akan didapati setelah meminum jus Seri Maryam adalah ibu-ibu akan berasa lebih bertenaga, cergas dan tidak mudah lesu. Selain itu kulit wajah juga menjadi cantik dan Insya'Allah bayi yang dalam kandungan juga akan memiliki kulit yang cantik.

Jadi kepada pada sang suami diluar sana... bantulah isteri anda dengan menghadiahkan "Jus Seri Maryam" kepada mereka. Selain dapat menambahkan tenaga, isteri anda juga kelihatan cantik dan berseri-seri...