Latar Belakang Syarikat


Yusuf Danial Resources ditubuhkan pada April 2013 beroperasi di Seksyen 15, Shah Alam merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk penjagaan kesihatan, anti penuaan dan kecantikan. Syarikat ini adalah milik penuh bumiputera dan dikendalikan oleh dua adik beradik iaitu Rosmaliza Binti Mohd Dahalan dan Mohd Zamrizal Bin Dahalan.
Formula yang digunakan adalah semulajadi dan direka khas untuk masyarakat Asia. Produk syarikat ini telah dibuktikan secara klinikal untuk memberikan perubahan positif yang ketara tanpa kesan sampaingan. Produk keluaran Yusuf Danial Resources berkualiti tinggi, berkesan dan selamat digunakan oleh semua lapisan masyarakat tanpa kesan sampingan kerana semua produk Yusuf Danial Resources dikeluarkan oleh makmal kilang perubatan yang bertaraf GMP iaitu Good Manufacturing Practice.
Walaupun masih baru dalam pasaran syarikat kami telah mengeluarkan dua produk terdiri daripada Seri Maryam ‘Essential Pregnancy Care’ dan Aura Yusuf  ‘Energy Aura Spray’. Perancangan dalam masa terdekat syarikat kami akan mengeluarkan beberapa lagi produk seperti penjagaan kulit wajah dan minuman kesihatan.
Secara keseluruhannya matlamat syarikat ini adalah untuk memasarkan dan mengeluarkan produk  penjagaan kesihatan, anti penuaan dan kecantikan yang berkualiti tinggi khusus untuk masyarakat Asia.  Syarikat ini juga berhasrat untuk membantu dan memupuk semangat keusahawanan dikalangan masyarakat Malaysia.

No comments:

Post a Comment