Tuesday 26 November 2013

Mengenali Aura Yusuf ...

Teks/Photo: Yusuf Danial Resources 


Selain produk Jus Seri Maryam kami (YDR) juga menghasilkan produk semburan Aura Spray... Diberi nama Aura Yusuf (Energy Aura Spray). Merupakan penyempur tenaga yang boleh memberikan kesegaran apabila mengantuk dan dalam masa yang sama menyerlahkan kembali seri wajah.

Aura Yusuf merupakan campuran Air Zam-zam, Air Mawar, Garam Himalaya, Minyak Lavender dan Ancient Magnesium. Apabila digabungkan campuran ini maka terhasillah satu aroma wangian  yang harum dan seterusnya penyemburan ke muka menyebabkan sel-sel muka bertindak balas dengan cepat dan kesannya dapat dirasai dengan serta merta. Bahan-bahan yang digunakan tidak berbahaya dan selamat untuk digunakan. Penggunaan yang kerap mengembalikan kesegaran dan dapat menghilangkan mengantuk dalam masa yang sama.

Nadi Yusuf A.S dikurniakan Allah S.W.T rupa yang bagus, paras tampan dan tubuh yang tegap yang menjadikan idaman setiap wanita dan kenangan gadis-gadis remaja. Produk ini dialunkan bacaan surah Yusuf semasa proses pembuatan dan pengilangan untuk mendapat keberkatan diatas surah tersebut.

Kepada pekerja yang seharian menghadap komputer mengakibatkan mata layu, kuyu dan seterusnya akan mengundang mengantuk. Kepada pelajar yang seharian menghadiri kelas dan tugasan yang menimbun dan juga kepada pemandu-pemandu diluar sana yang menghadapi kesesakan lalulintas dan kepenatan setelah seharian bekerja.. Satu semburan Aura Yusuf dapat mengembalikan kesegaran dan menghilangkan mengantuk.

Jika ingin mengetahui keberkesannya cubalah sendiri dan alami sendiri kesegarannya.

No comments:

Post a Comment